Monday 13 February 2012


Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku
Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah


biarpun gelap mlm
mata terpejam hatiku tenang
kekusutan ansur pulang
bersama byg siang semalam
baru ku tahu ertinya
sakit yg mgcgkm dada
mlm yg ssepi itu
mbuka jln selebar dunia..

Tuesday 24 January 2012

Ya Allah.. Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini,
terkadang Hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku...

Ya Rabb,,,Biarlah ku simpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak
Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU....

Ya Rabb...Tuntunlah Hati hamba agar hanya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku.

Ya Rabb,,,Jika dia memang baik
untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, bisa membimbing dan membawaku lebih
dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengannya & satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah..

Tapi kalau bukan dia yang terbaik,Maka jangan biarkan kekagumanku
menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya,, Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kutitipkan rasa ini, kuserahkan semuanya pada-Mu, kerana semua ini adalah milik-Mu.. Aamiin ya Rabbal’ alamiin.

Friday 6 January 2012

~ Dalam kita melangkah, terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa..Tapi ketahuilah dan renungilah kembali dlm diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana DIA mahu kita jahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dr keikhlasan ~

Monday 19 December 2011


Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak.. 

Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.
Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"